Tafsiran Mimpi

share

Mimpi Solat

Mimpi solat ditafsirkan membawa petanda yang membahagiakan.

Pernahkah kamu alami mimpi menunaikan solat?

Sepanjang hidup barangkali ada yang pernah 2-3 kali mendapat mimpi solat.

Bagi yang tak pernah mengalaminya barangkali ada persoalan lain yang perlu diperhalusi.

Memang lah bukan satu kewajiban dan tidak lah seseorang itu dikatakan berdosa jika tak pernah mimpi solat.

Tapi fikir-fikir kan lah jua, sedang pelbagai ragam mimpi yang kita alami selama usia hidup, kenapa pula urusan ibadah yang satu ini tak pernah terbit dalam mimpi.

mimpi sembahyang

Solat itu amalan yang wajib dan dituntut bagi setiap orang muslim yang baligh dan berakal.

Andai jarang atau tidak pernah bersolat tetapi mendapat mimpi sedang bersolat itu mungkin ada peringatan di sebaliknya.

Bagi yang lazim mendirikan solat dan mendapat mimpi sedemikian inilah tafsirannya.

Mimpi melakukan solat adalah simbolik kepada hasil kejayaan dan tercapai cita-cita.

Bermimpi sedang solat sunat mencerminkan keperibadian seseorang yang melaksanakan tuntutan agama dan berpegang kepada sunnah.

Mimpi solat istikharah bererti bakal mendapat penyudah yang baik dalam urusan dan permasalahan yang dihadapi.

Bermimpi solat sunat hari raya petanda kegembiraan dan kebahagiaan.

Ketahui juga tafsiran mimpi membaca al-Quran bagi yang mimpi bersolat lalu dilanjutkan pula dengan amalan membaca al Quran.

Ada baiknya juga bagi yang mendapat mimpi solat lalu terjaga di tengah malam untuk bangun mengambil wuduk lalu benar-benar mendirikan solat sunat tahajud dan kemudian berdoalah minta kepada Tuhan atau mengadu apa yang terbuku di hati.

Kongsi Info Tafsiran Mimpi Ini Dengan Kenalan Anda

Leave a Reply

Tafsir Mimpi

image

Mimpi Rambut Panjang

Bagi orang yang sememangnya memiliki rambut yang panjang, pastinya tidak…
image

Mimpi Anak Kucing

Mimpi anak kucing ada perbezaan tafsiran ertinya berbanding tafsiran mimpi…
image

Mimpi Badan Kurus

Apa maknanya jika seseorang itu bermimpi badannya lebih kurus daripada…
image

Mimpi Mempunyai Gigi Palsu

Sudah pastinya ia menjadi satu kemusykilan terutamanya bagi mereka yang…
image

Mimpi Gunting Rambut

Mimpi rambut digunting dikatakan membawa petanda buruk kepada lelaki atau…
image

Mimpi Tak Boleh Bercakap

Mimpi tidak boleh bercakap atau menjadi bisu tentu sahaja mengejutkan…
image

Mimpi Sakit Gigi

Ramai orang pernah bermimpi patah gigi atau gigi tercabut tetapi…
image

Mimpi Rambut Beruban

Lelaki atau perempuan yang masih muda tentunya berasa terkejut jika…
image

Mimpi Hidung Berdarah

Apa pula alamatnya jika mendapat mimpi hidung anda berdarah? (more…)

Tafsiran Mimpi

Setiap mimpi itu punya keistimewaan tersendiri. Sebahagian mimpi memberi bayangan perkara yang bakal terjadi dan kebetulan ia kemudiannya benar-benar berlaku. Ada pula mimpi yang sekadar simbolik.

Dalam agama Islam sendiri telah diakui bahawa mimpi adakalanya lebih daripada mainan tidur. Kadangkala ia menyelitkan erti dan petanda tersendiri sebagai peringatan kepada orang yang mendapat mimpi atau yang dekat dengannya. Namun tak semua mimpi terkandung alamat yang secara mudah dapat ditafsirkan.

Tags cloud

Follow us

© 2023, TafsiranMimpi.com – Ketahui Rahsia di Sebalik Mimpi Kamu . Kamus Mimpi Online.