Tafsiran Mimpi

share

Mimpi Anak Kucing

mimpi anak kucing

Mimpi anak kucing ada perbezaan tafsiran ertinya berbanding tafsiran mimpi kucing dewasa.

Bagi para pencinta haiwan terutama nya kucing pasti pernah alami tentang haiwan comel ini. Ketahui arti atau tafsiran orang lama tentang pelbagai ragam mimpi anak kucing.

Mimpi melihat anak kucing
Bermakna orang yang mengalaminya akan menerima pujian dalam waktu terdekat.

Mimpi bermain dengan anak kucing
Umumnya mimpi bermain dengan anak kucing memberi maksud atau petanda baik.

Itu tandanya orang yang mendapat mimpi sedemikian tak perlu lagi risau berlebihan berkenaan soal kewangan kerana bakal beroleh kesenangan.

Mimpi anak kucing menangkap tikus
Mimpi anak kucing menangkap tikus bermakna bakal beroleh berita gembira dalam urusan pekerjaan atau perniagaan.

Mimpi anak kucing tidur di pangkuan riba
Mimpi sebegini katanya petanda masalah yang sedang dihadapi bakal segera selesai.

Masalah yang bagaimana yang sedang kamu tempuhi. Ada yang berdepan masalah dalam perhubungan. Sebahagian pula sedang menghadapi kemelut kewangan. Tak cukup wang untuk berniaga kerana pinjaman ditolak. Kekurangan wang untuk belanja peribadi dan sebagainya.

Mimpi melihat anak kucing makan
Mimpi anak kucing makan alamat akan mendapat rezeki yang tidak diduga dalam waktu terdekat.

Mimpi anak kucing senyum
Mimpi melihat anak kucing memberikan senyuman adalah mimpi yang diharapkan oleh mereka yang sedang bercinta. Kata orang tua-tua itu tandanya telah berjaya memikat hati si dia.

Alamat Buruk Mimpi Anak Kucing
Umumnya takwil mimpi kucing menyebut kaitan dengan hubungan yang tidak mesra dalam keluarga.

Sebahagian yang lain mentafsirkan mimpi kucing atau anak kucing dengan isu pertelingkahan atau amalan tidak mahu melaksanakan janji yang dibuat.

Ada juga berpandangan mimpi kucing itu bererti antara tanda gangguan jin.

Mimpi anak kucing masuk rumah
Ada pandangan menyebut mimpi kucing masuk rumah tandanya akan mendapat khabar buruk tanpa disangka-sangka. Justeru, jika yang dimimpikan itu sekadar anak kucing kemungkinan perkhabaran mengejut yang bakal diterima itu tidak lah terlalu membebankan.
mimpi dicakar kucing
Mimpi dicakar anak kucing
Mimpi dicakar anak kucing dipercayai membawa alamat orang yang bermimpi bakal menjadi bahan bualan orang lain tanpa usul periksa. Ada orang akan bercakap tentang perihal anda dan biasanya di belakang anda.

Mimpi anak kucing seram atau menakutkan
Mimpi melihat anak kucing yang menyeramkan dikatakan tanda perkara buruk akan menimpa.

Tapi teliti lah juga butiran mimpi itu samada kucing yang dilihat dalam mimpi itu kelihatan benar-benar menyeramkan. Sesetengah orang melihat kucing yang comel pun boleh kecut perut sebab dia sudah semulajadi takut atau geli dengan kucing.

Mimpi anak kucing luka, kotor dan comot
Bakal menghadapi krisis dalam perhubungan samada di kalangan keluarga atau dengan pasangan bercinta.

Kongsi Info Tafsiran Mimpi Ini Dengan Kenalan Anda

Leave a Reply

Tafsir Mimpi

image

Mimpi Rambut Panjang

Bagi orang yang sememangnya memiliki rambut yang panjang, pastinya tidak…
image

Mimpi Anak Kucing

Mimpi anak kucing ada perbezaan tafsiran ertinya berbanding tafsiran mimpi…
image

Mimpi Badan Kurus

Apa maknanya jika seseorang itu bermimpi badannya lebih kurus daripada…
image

Mimpi Mempunyai Gigi Palsu

Sudah pastinya ia menjadi satu kemusykilan terutamanya bagi mereka yang…
image

Mimpi Gunting Rambut

Mimpi rambut digunting dikatakan membawa petanda buruk kepada lelaki atau…
image

Mimpi Tak Boleh Bercakap

Mimpi tidak boleh bercakap atau menjadi bisu tentu sahaja mengejutkan…
image

Mimpi Sakit Gigi

Ramai orang pernah bermimpi patah gigi atau gigi tercabut tetapi…
image

Mimpi Rambut Beruban

Lelaki atau perempuan yang masih muda tentunya berasa terkejut jika…
image

Mimpi Hidung Berdarah

Apa pula alamatnya jika mendapat mimpi hidung anda berdarah? (more…)

Tafsiran Mimpi

Setiap mimpi itu punya keistimewaan tersendiri. Sebahagian mimpi memberi bayangan perkara yang bakal terjadi dan kebetulan ia kemudiannya benar-benar berlaku. Ada pula mimpi yang sekadar simbolik.

Dalam agama Islam sendiri telah diakui bahawa mimpi adakalanya lebih daripada mainan tidur. Kadangkala ia menyelitkan erti dan petanda tersendiri sebagai peringatan kepada orang yang mendapat mimpi atau yang dekat dengannya. Namun tak semua mimpi terkandung alamat yang secara mudah dapat ditafsirkan.

Tags cloud

Follow us

© 2023, TafsiranMimpi.com – Ketahui Rahsia di Sebalik Mimpi Kamu . Kamus Mimpi Online.