Orang kebanyakan lazimnya akan berasa gerun jika berada berhampiran dengan gajah, bimbang jika gajah itu tiba-tiba mengamuk. Maka jika ada yang bermimpi membunuh gajah, adakah itu tandanya dia seorang yang berani?
Menurut tafsiran lama, mimpi membunuh gajah bahkan memberi suatu alamat baik iaitu petanda beroleh nikmat dunia dan akhirat.