Ada yang berduka apabila mendapat mimpi dirinya kena fitnah.
Biarpun hanya dalam mimpi, barangkali ada yang merasakan mimpi itu tanda perkara yang bakal atau sedang berlaku di belakangnya.
Mungkin ada cakap-cakap orang lain yang bawa cerita tentang keburukannya.
Pedulikan sahaja jika kamu sememangnya tidak bersalah. Yakin lah bahawa kebenaran akhirnya akan terserlah.
Bahkan jika ada yang mimpi difitnah ada pandangan yang menyatakan sepatutnya merasa suka berbanding berduka.
Andai anda bermimpi telah difitnah bermakna sebaliknya di alam sedar yakni mendapat puji-pujian orang sekeliling yang menghargai dirimu.