Butang yang cukup di baju mencerminkan sesuatu yang lengkap dan mencukupi. Jika hilang satu butang maka baju yang disarung akan kelihatan tak lengkap atau menggambarkan sesuatu yang hilang seri pelengkapnya.
Dalam erti kata lain, baju tanpa butang yang lengkap bilangannya mencerminkan pemakai yang bersikap remeh-temeh dalam melakukan sesuatu.
Justeru, menurut pandangan orang tua-tua, sekiranya ada orang yang mimpi kehilangan butang atau kancing baju, itu kemungkinan adalah suatu alamat bahawa orang berkenaan dipersalahkan atas sesuatu perkara kerana sikapnya yang kurang cermat dan berhati-hati.