Bersedekah ialah urusan kebaikan yang amat digalakkan.
Sedekah itu ajaib.
Maka, mimpi memberi sedekah mempunyai takwil yang sangat baik maknanya.
Mimpi bersedekah umumnya kiasan kepada rezeki yang baik dan kebaikan.
Seseorang yang mendapat mimpi bagi sedekah bererti dia akan terhindar dari bala yang bakal menimpa.
Andainya orang yang sedang sakit mimpi beri sedekah itu petanda akan segera sembuh dari penyakit.
Telah disebut juga menurut ahli tafsir bahawa sesiapa yang bermimpi bersedekah wang untuk kebaikan dirinya ertinya ia beroleh nikmat dan sesuatu yang baik buat dirinya.