Tidak tahulah samada naga itu hanyalah mitos ataupun benar-benar wujud pada suatu ketika dahulu. Namun, sesiapa yang mampu ‘menundukkan’ naga tentunya dipandang hebat.
Biarpun naga itu tidak pasti kewujudannya, akan tetapi dalam mimpi apa sahaja boleh berlaku. Menurut tafsiran mimpi naga, sekiranya ada yang bermimpi mengenderai naga atau menunggang naga ataupun dalam bahasa yang lebih mudah mimpi naik naga, itu tandanya bahawa dia akan beroleh kejayaan dalam apa yang dicita-citakannya.