Bubur ialah makanan yang lembik. Justeru ada sesetengah orang menyifatkan ia sebagai simbol kepada kelemahan. Namun, sebenarnya jika bermimpi makan bubur tak semestinya bermakna orang itu lemah atau lembik.
Bahkan menurut tafsiran lama, mimpi makan bubur ialah satu perkara yang baik lebih-lebih lagi bagi seseorang yang sedang dilamun cinta. Mimpi bubur dikatakan petanda bahawa dia akan beroleh percintaan yang membahagiakan.