Tafsiran Mimpi

share

Mimpi Lalat

arti mimpi lalat

Ada pendapat mengaitkan mimpi lalat dengan orang yang suka berbuat kacau atau perkara yang keji.

Lalat yang muncul dalam mimpi boleh diibaratkan sebagai orang yang lemah, tidak disukai dan suka berbuat fitnah.

Seandainya orang itu dilihat melakukan perkara kebaikan sekalipun, itu demi kepentingan dirinya atau mereka yang di dalam kepompong perhubungannya.

Mimpi makan lalat ertinya beroleh wang kotor. Rezeki daripada sumber yang menjijikkan.

Mimpi lalat yang besar saiznya boleh ditafsirkan sebagai musuh yang hebat dan akan melakukan kerosakan kepada masyarakat dan memberi kesan kepada ekonomi seluruhnya.

Mimpi lalat berterbangan di atas kepala memberi ganmbaran musuh yang lemah tapi punya niat untuk menjatuhkan anda.

Mimpi lalat terbang di kepala juga boleh ditafsirkan sebagai alamat seseorang yang berpangkat tinggi atau pihak atasan yang cuba menggunakan pengaruh atau kuasanya untuk melakukan sesuatu perkara yang dimahukan.

Mimpi bunuh lalat pula membawa alamat mengekalkan kesihatan dan kecergasan tubuh badan.

Pendapat lain tentang mimpi lalat – maksud mimpi dikerumuni lalat.

Kongsi Info Tafsiran Mimpi Ini Dengan Kenalan Anda

Leave a Reply

Tafsir Mimpi

image

Mimpi Rambut Panjang

Bagi orang yang sememangnya memiliki rambut yang panjang, pastinya tidak…
image

Mimpi Anak Kucing

Mimpi anak kucing ada perbezaan tafsiran ertinya berbanding tafsiran mimpi…
image

Mimpi Badan Kurus

Apa maknanya jika seseorang itu bermimpi badannya lebih kurus daripada…
image

Mimpi Mempunyai Gigi Palsu

Sudah pastinya ia menjadi satu kemusykilan terutamanya bagi mereka yang…
image

Mimpi Gunting Rambut

Mimpi rambut digunting dikatakan membawa petanda buruk kepada lelaki atau…
image

Mimpi Tak Boleh Bercakap

Mimpi tidak boleh bercakap atau menjadi bisu tentu sahaja mengejutkan…
image

Mimpi Sakit Gigi

Ramai orang pernah bermimpi patah gigi atau gigi tercabut tetapi…
image

Mimpi Rambut Beruban

Lelaki atau perempuan yang masih muda tentunya berasa terkejut jika…
image

Mimpi Hidung Berdarah

Apa pula alamatnya jika mendapat mimpi hidung anda berdarah? (more…)

Tafsiran Mimpi

Setiap mimpi itu punya keistimewaan tersendiri. Sebahagian mimpi memberi bayangan perkara yang bakal terjadi dan kebetulan ia kemudiannya benar-benar berlaku. Ada pula mimpi yang sekadar simbolik.

Dalam agama Islam sendiri telah diakui bahawa mimpi adakalanya lebih daripada mainan tidur. Kadangkala ia menyelitkan erti dan petanda tersendiri sebagai peringatan kepada orang yang mendapat mimpi atau yang dekat dengannya. Namun tak semua mimpi terkandung alamat yang secara mudah dapat ditafsirkan.

Tags cloud

Follow us

© 2023, TafsiranMimpi.com – Ketahui Rahsia di Sebalik Mimpi Kamu . Kamus Mimpi Online.