Bagi yang senantiasa berambut pendek pastinya tak merasakan sebarang kepelikan jika mendapat mimpi berambut pendek. Tapi bagi yang biasanya punya rambut yang panjang lebih-lebih bagi bagi seorang wanita yang rambutnya panjang tentu akan tercari-cari apa maksud mimpi berambut pendek.
Mimpi berkenaan rambut ada pelbagai tafsirannya. Takwilnya pula mungkin berbeza daripada satu individu dengan individu yang lain seiring dengan latar belakangnya.
Namun begitu, sebagai panduan umum, menurut Kamus Tafsir Mimpi Ibnu Sirin yang dikarang oleh Muhammad M. Al-Akili, dikatakan bahawa antara tafsiran bagi seseorang yang mimpi rambutnya pendek ialah kemungkinan itu petanda kegagalan untuk melaksanakan tanggungjawab atau sesuatu tugasan yang diamanahkan kepadanya.