Mimpi mandi di sungai tandanya akan terpelihara kesihatan.
Menurut pemikiran psikoligis air melambangkan emosi dan perasaan sesorang. Di alam mimpi ia menggambarkan kehidupan dan kelahiran. Tindakan menyeberangi sebuah sungai bermakna perubahan, sungai kecil yang mengalir dengan cepat menunjukkan emosi yang tidak dapat dikuasai, kolam terang menunjukkan permulaan baru, air berlumpur atau pusaran air bererti masalah yang tidak diduga-duga.
Mimpi minum air sungai memberi alamat kebahagiaan yang diimpikan kemungkinan tak tercapai dalam masa terdekat. Perlu lebih banyak bersabar dan mencari jalan yang lebih meyakinkan demi mengecap kebahagiaan tersebut.
Satu lagi pendapat mengatakan bermimpi minum air sungai yang rasanya masin itu tanda akan mendapat wang dari tindak-tanduk yang kurang jujur.
Jika mendapat mimpi berjalan diatas air sungai alamat akan beruntung. Tetapi andainya bermimpi tenggelam dalam air sungai membawa alamat buruk. Perlu berwaspada.
Sekiranya mimpi menyeberangi sungai maknanya akan menang dalam suatu pekara.
Orang lelaki yang bermimpi mendengar bunyi deruan air sungai yang kuat dikatakan petanda akan beristeri baru.
Mimpi melihat air sungai yang keruh dan berlumpur tanda akan beroleh ketenangan yang dicari.