Mimpi mendapat wang biarpun hanya sekadar dalam mimpi adalah salah satu perkara yang menyenangkan. Siapa yang tak suka wang? Dengan wang yang diterima maka boleh lah kita belanjakan ikut suka hati kita.
Mimpi terima uang, duit, dinar, dollar, euro, pesso atau apa sahaja yang disebut wang itu orang dulu-dulu kata petandanya baik. Baik dalam erti kata akan dapat rezeki melalui orang-orang terdekat atau yang rapat dengan kita.
Mimpi dapat wang yang banyak, katanya lebih bagus! Ada pendapat lama yang menukilkan bahawa jika mimpi dapat uang itu makna akan dapat rezeki, maka secara tak langsung jikalau dalam mimpi itu mendapati wang yang banyak maka alamatnya akan dapat lebih banyak rezeki.
Bercakap soal rezeki, ada pendapat tambahan yang membicarakan bahawa ‘rezeki’ yang bakal diterima itu boleh jadi dalam pelbagai bentuk.
Justeru, boleh jadi mimpi mendapat uang itu tanda bakal mendapat hadiah atau kejutan istimewa yang memberikan keuntungan daripada seseorang.
Atau disebut pula bahawa andainya si pemimpi itu seseorang yang membabitkan diri dalam bidang perniagaan maka mimpi terima wang itu bermakna bakal menerima untung yang banyak.
Namun, bagi sebahagian pendapat lain dikatakan tafsiran mimpi mendapat wang itu petanda tidak baik.
Ianya lebih kepada bentuk yang membabitkan mimpi menerima wang daripada orang lain.
Antara alamat tidak baiknya dikatakan ada yang mimpi dapat wang dan kebetulannya tak lama kemudian telah jatuh sakit.
Sesetengah pendapat lain mengatakan mimpi berkenaan petanda bakal mendapat malang yang berturut-turut. Dikatakan akan menghadapi cubaan atau godaan yang bakal merugikan atau jika dalam bidang usaha akan mendapat kerugian besar ataupun berkemungkinan menghadapi kekeruhan hubungan dengan saudara atau teman-teman rapat.
Dari sudut emosi mimpi mendapat wang itu sangat meninggalkan kesan ekoran orang yang bermimpi sedemikian usai mimpi merasa puas, puas dengan keputusan hidup dan puas dengan keputusan mereka saat ini. Secara psikologis mimpi sebegini meninggalkan kesan kepada kekuatan diri dan kenikmatan hidup secara keseluruhan.