Apa maknanya jika ada yang bermimpi melihat bintang di langit?
Menurut tafsiran lama, sekiranya anda mimpi melihat bintang di langit yang bermacam-macam bentuknya, itu tandanya segala keperluan anda akan terlaksana dan dipenuhi asalkan anda sanggup bekerja keras. Namun begitu jangan lupa pula untuk meminta kepada-Nya kerana hanya dengan keizinan Tuhan segala hajat akan tercapai.