Tafsiran Mimpi

share

Tafsiran Mimpi Darah Yang Menjadi Lambang Kehidupan

Tafsir mimpi darah katanya berhubung kait dengan kehidupan. Darah merah yang mengalir dalam badan manusia dan haiwan itu bukankah melambangkan kehidupan.

Seseorang yang mimpi darah bercucuran keluar dari tubuhnya bererti kesihatannya akan terjejas. Dalam tafsiran lain dinyatakan itu petanda akan berpisah dengan orang tua yang dikasihi.

Tapi bagi yang mimpi pakaian terkena darah alamatnya niat buruk yang tersembunyi dalam hatinya selama ini akan terbongkar dan diketahui orang lain. Akibatnya akan tercetus persengketaan yang tak dapat dielakkan. Jadi peringatan dari mimpi itu ialah perlu berubah sikap. Perlu jujur dan ikhlas dalam setiap tindakan demi kesejahteraan dan kebahagiaan.

Disebut juga satu lagi tafsiran yang menyatakan andainya bermimpikan darah maka itu bererti ada musuh di sekeliling yang berkemungkinan berusaha untuk merosakkan. Maka, berhati-hatilah dan tingkatkan doa dan tawakal.

Tafsiran Mimpi Hidung Berdarah

Mimpi Hidung Berdarah
Mimpi hidung keluar darah ada hubungkait dengan harta.

Bermimpi darah keluar dari hidung dalam jumlah banyak dan darahnya cair tafsirannya bakal memperolehi banyak harta yang kekal.

Andainya darah dalam mimpi tersebut kelihatan tebal dan likat melambangkan anaknya keguguran sebelum sampai masa melahirkan secara normal.

Seseorang yang mimpi melihat darah keluar dari hidungnya sedangkan ia merasakan bahwa hal itu bermanfaat bagi dirinya ditakwilkan ia melambangkan bahwa si pemimpi itu bakal mendapat kebaikan dari atasannya.

Namun, seandainya ia merasakan bahawa darah tersebut akan membahayakannya, ia melambangkan bahwa ia akan melihat bahaya pada dirinya sesuai dengan jumlah darah tersebut apabila dia sebagai seorang atasan atau ketua dalam sesebuag organisasi.

Keluar darah dari hidung satu atau dua titis melambangkan suatu manfaat. Namun jika jumlahnya sekitar satu liter dan ia mengira bahwa hal itu bermanfaat bagi dirinya, maka ini melambangkan bagusnya kehidupan agamanya kerana kesihatan badan menunjukkan baiknya agama.

Sedangkan apabila ia mengira bahwa hal itu akan membahayakannya, ia bererti kerosakan dalam urusan agama dan perbuatan dosa.

Jika badannya terasa lemah setelah darah keluar, maka ini melambangkan ia jatuh miskin, namun bila ia kuat, maka ia akan kaya kerana kekuatan melambangkan kekayaan seseorang.

Jika darah tersebut melumuri pakaiannya menunjukkan bahwa ia memperoleh harta yang sumbernya makruh dan terpalit dosa.

Andainya darah dari hidung itu tidak melumuri pakaiannya menunjukkan bahawa si pemimpi itu mengelak dari perbuatan dosa.

Jika darah hidung itu menitik di jalanan ertinya ia membayarkan kewajiban zakat hartanya dan bersedekah di tengah perjalanan.

Menurut sebahagian ahli takwil disebutkan juga bahawa mimpi hidung berdarah boleh jadi petanda akan memperoleh harta karun.

Mimpi Kaki Berdarah

mimpi kaki berdarah

Apa maknanya jika mimpi kaki berdarah?

Berdasarkan ramalan mimpi, dikatakan jika bermimpi kaki luka berdarah ataupun mendapati kaki berdarah tanpa sebarang sebab atau diketahui puncanya, dan pula darah yang keluar itu pekat atau likat maknanya akan mendapat rezeki yang berlebihan.

Mimpi Minum Darah
mimpi minum darah

Benarkah ada pandangan yang mengatakan minum darah itu suatu perbuatan yang hebat?

Bagi seorang Muslim adalah ditegah untuk minum darah. Maka, tidak hairanlah ada tafsiran mimpi yang mengaitkan mimpi minum darah itu dengan alamat yang tidak baik.

Menurut satu pandangan, mimpi minum darah ertinya bakal memperolehi wang haram.

Satu pandangan lagi menyatakan mimpi sedemikian memberi petanda tentang pembunuhan.

Kongsi Info Tafsiran Mimpi Ini Dengan Kenalan Anda

Leave a Reply

Tafsir Mimpi

image

Mimpi Rambut Panjang

Bagi orang yang sememangnya memiliki rambut yang panjang, pastinya tidak…
image

Mimpi Anak Kucing

Mimpi anak kucing ada perbezaan tafsiran ertinya berbanding tafsiran mimpi…
image

Mimpi Badan Kurus

Apa maknanya jika seseorang itu bermimpi badannya lebih kurus daripada…
image

Mimpi Mempunyai Gigi Palsu

Sudah pastinya ia menjadi satu kemusykilan terutamanya bagi mereka yang…
image

Mimpi Gunting Rambut

Mimpi rambut digunting dikatakan membawa petanda buruk kepada lelaki atau…
image

Mimpi Tak Boleh Bercakap

Mimpi tidak boleh bercakap atau menjadi bisu tentu sahaja mengejutkan…
image

Mimpi Sakit Gigi

Ramai orang pernah bermimpi patah gigi atau gigi tercabut tetapi…
image

Mimpi Rambut Beruban

Lelaki atau perempuan yang masih muda tentunya berasa terkejut jika…
image

Mimpi Hidung Berdarah

Apa pula alamatnya jika mendapat mimpi hidung anda berdarah? (more…)

Tafsiran Mimpi

Setiap mimpi itu punya keistimewaan tersendiri. Sebahagian mimpi memberi bayangan perkara yang bakal terjadi dan kebetulan ia kemudiannya benar-benar berlaku. Ada pula mimpi yang sekadar simbolik.

Dalam agama Islam sendiri telah diakui bahawa mimpi adakalanya lebih daripada mainan tidur. Kadangkala ia menyelitkan erti dan petanda tersendiri sebagai peringatan kepada orang yang mendapat mimpi atau yang dekat dengannya. Namun tak semua mimpi terkandung alamat yang secara mudah dapat ditafsirkan.

Tags cloud

Follow us

© 2023, TafsiranMimpi.com – Ketahui Rahsia di Sebalik Mimpi Kamu . Kamus Mimpi Online.