Tafsiran Mimpi

share

Mimpi Dapat Anak

Tafsir Mimpi Dapat Anak

Bermimpi memelihara anak tandanya akan beroleh untung.

Mimpi memelihara atau mengambil anak yatim petanda bakal mendapat rezeki yang melimpah.

Mimpi melihat atau mendengar suara anak ertinya bakal mendapat keuntungan lebih-lebih lagi jika mimpi anak laki-laki.

Mimpi melihat anak-anak bermain ertinya akan dipertemukan jodoh bagi perempuan yang masih belum berumahtangga.

Lelaki yang sudah kahwin bermimpi menggendong anak kecil petanda akan berselisih faham dengan isteri.

Bermimpi isteri melahirkan anak tandanya akan mendapat rezeki besar.

Bermimpi mempunyai anak lelaki yang remaja bermaksud kemegahan dan kekuatan.

Perempuan bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa petanda akan mendapat kebaikan.

Mimpi tentang anak yatim petanda kehidupan yang lapang dan gembira.

Mimpi-mimpi yang memberi alamat akan mendapat anak

Mimpi melihat langit yang bersih dan cerah bererti akan mendapat anak yang baik.

Mimpi membaca atau mendengar surah As-Saffat bermakna akan memperolehi anak yang taat dan memiliki keyakinan yang tinggi.

Bermimpi membaca atau mendengar surah An-Najm bererti mendapat anak yang cantik dan terpuji.

Mimpi melihat matahari dan bulan bertemu tandanya akan dapat anak.

Mimpi melihat orang membaca buku tandanya akan mendapat anak yang baik.

Mimpi memasuki masjid bermakna akan mendapat anak yang baik.

Bermimpi dapat ayam jantan atau membeli ayam jantan bermakna akan mendapat anak.

Mimpi memberi makan ayam jantan atau betina tanda akan mendapat anak.

Jika bermimpi sedang menghiburkan orang yang dalam kesusahan bererti akan mendapat anak yang baik dan disukai masyarakat.

Lelaki yang bermimpi berasmara dengan bidadari bermakna akan mendapat anak yang baik.

Lelaki bermimpi seorang perempuan membawa pisau ertinya akan mendapat anak.

Lelaki yang sudah berkahwin dan isterinya sedang hamil lalu suami bermimpi makan telur bermaksud akan mendapat anak lelaki.

Mimpi membela atau memelihara kuda dalam rumah bermaksud akan mendapat anak yang bijaksana.

Wanita yang mendapat mimpi melihat naga bermakna akan mendapat anak yang bijaksana.

Bermimpi melihat, menjaga atau memiliki anak sendiri bermaksud bahagia, selalu beruntung lebih-lebih lagi jika mimpi berkenaan anak yang lelaki.

Bermimpi mengunjungi rumah anak yatim bermakna akan menerima khabar baik dari keluarga.

Mimpi melihat anak yatim maknanya kehidupan yang berbahagia.

Bermimpi ambil anak yatim sebagai anak angkat bermaksud bakal memperolehi rezeki dan harta yang banyak.

Kongsi Info Tafsiran Mimpi Ini Dengan Kenalan Anda

Leave a Reply

Tafsir Mimpi

image

Mimpi Rambut Panjang

Bagi orang yang sememangnya memiliki rambut yang panjang, pastinya tidak…
image

Mimpi Anak Kucing

Mimpi anak kucing ada perbezaan tafsiran ertinya berbanding tafsiran mimpi…
image

Mimpi Badan Kurus

Apa maknanya jika seseorang itu bermimpi badannya lebih kurus daripada…
image

Mimpi Mempunyai Gigi Palsu

Sudah pastinya ia menjadi satu kemusykilan terutamanya bagi mereka yang…
image

Mimpi Gunting Rambut

Mimpi rambut digunting dikatakan membawa petanda buruk kepada lelaki atau…
image

Mimpi Tak Boleh Bercakap

Mimpi tidak boleh bercakap atau menjadi bisu tentu sahaja mengejutkan…
image

Mimpi Sakit Gigi

Ramai orang pernah bermimpi patah gigi atau gigi tercabut tetapi…
image

Mimpi Rambut Beruban

Lelaki atau perempuan yang masih muda tentunya berasa terkejut jika…
image

Mimpi Hidung Berdarah

Apa pula alamatnya jika mendapat mimpi hidung anda berdarah? (more…)

Tafsiran Mimpi

Setiap mimpi itu punya keistimewaan tersendiri. Sebahagian mimpi memberi bayangan perkara yang bakal terjadi dan kebetulan ia kemudiannya benar-benar berlaku. Ada pula mimpi yang sekadar simbolik.

Dalam agama Islam sendiri telah diakui bahawa mimpi adakalanya lebih daripada mainan tidur. Kadangkala ia menyelitkan erti dan petanda tersendiri sebagai peringatan kepada orang yang mendapat mimpi atau yang dekat dengannya. Namun tak semua mimpi terkandung alamat yang secara mudah dapat ditafsirkan.

Tags cloud

Follow us

© 2023, TafsiranMimpi.com – Ketahui Rahsia di Sebalik Mimpi Kamu . Kamus Mimpi Online.