Ikan paus ialah mamalia yang terBESAR. Justeru, apakah mimpi ikan paus membawa apa-apa alamat yang besar?
Terdapat dua tafsiran yang ditemui berhubung mimpi ikan paus.
Dalam satu tafsiran, dikatakan bahawa sesiapa yang mendapat mimpi ikan paus menunjukkan ianya satu peringatan kepadanya supaya tidak berterusan menyimpan perasaan runsing dan bimbang, biarpun keadaan hidupnya kini gelap dan muram, walaupun situasi tersebut akan semakin buruk, kerana pada akhirnya berkat doa dan usahanya insya-Alah dia akan mencapai kejayaan yang memberikan cahaya kepada kehidupannya.
Menurut satu lagi tafsiran pula, mimpi ikan paus membawa erti sahabat yang anda kasihi akan merantau ke luar negeri. Bagaimana pun, jika diteliti tafsiran ini dan mengambil kira teknologi moden kini yang memungkinkan kita mudah berhubung dengan sesiapa sahaja di pelusuk dunia, ia tidak bermakna hubungan persahabatan anda dengan sahabat tersebut akan berakhir.