Kebanyakan orang mungkin hanya pernah melihat lanun di dalam filem. Bagi sesiapa yang pernah mengalami suasana berdepan dengan lanun, tentunya sedar ia pengalaman yang mendebarkan biarpun hanya dalam mimpi.
Menurut tafsiran yang ditemukan, dikatakan bahawa sekiranya kita bermimpi melihat atau ditawan oleh lanun, tandanya akan sukses dalam pekerjaan dan kemungkinan kelak akan mendapat tawaran baik diantara dua pekerjaan yang memberi manfaat besar.
Manakala, dalam satu tafsiran lain, dikatakan pula bahawa jika seorang wanita mimpi ditangkap lanun, itu tandanya akan segera kahwin atau bertemu jodoh dengan seseorang.