Tafsiran Mimpi

share

Mimpi Mandi Menurut Islam dan Pandangan Melayu

Mimpi mandi itu apa tandanya? Orang mandi menunjukkan ia suka pada kebersihan. Boleh jadi juga mandi itu menuntut seseorang yang telah disaluti kotoran atau dosa yang perlu disingkirkan.

Dalam perbincangan arti mimpi mandi ada pandangan ia berkait dengan perkara yang baik.

Ada pula mimpi mandi yang dikaitkan dengan arti mimpi yang membawa makna yang jelek.

Yang pastinya setiap mimpi itu punya keistimewaan tersendiri. Sebahagian mimpi membayangkan perkara yang bakal terjadi dan kebetulan ia kemudiannya benar-benar berlaku. Ada pula mimpi yang sekadar simbolik.

Dalam agama Islam sendiri telah diakui bahawa mimpi adakalanya lebih daripada mainan tidur. Kadangkala ia menyelitkan arti, petanda dan alamat tersendiri sebagai peringatan kepada orang yang mendapat mimpi atau yang ada hubungan dengannya. Namun tidak semua mimpi mengandungi alamat yang secara mudah dapat ditafsirkan.

Bahkan tafsiran mimpi Islam menyebutkan setiap mimpi itu boleh jadi berbeza-beza takwilnya bagi setiap orang.

Sebagai contoh mimpi mandi di sungai oleh seorang remaja tentu berbeza maknanya dengan mimpi orang tua.

Satu lagi contohnya mimpi mandi bogel yang didapati oleh seorang perempuan sudah pasti tidak sama artinya dengan mimpi oleh seorang lelaki yang mimpi mandi telanjang tanpa busana di kamar mandi.

Rasulullah SAW bersabda: “Mimpi (terbahagi) tiga. Mimpi yang merupakan gangguan daripada syaitan untuk membuat sedih anak Adam. (Mimpi yang asalnya) sesuatu yang difikirkan oleh manusia pada saat terjaga, lalu terbawa hingga ke tidur. Dan (mimpi) yang merupakan satu daripada 46 bahagian kenabian.” (riwayat Ibn Hibban).

Bukan mudah untuk menafsirkan sesebuah mimpi kerana perlukan butiran terperinci dan perlu diketahui juga latar belakang orang yang bermimpi.

Namun berdasarkan perkongsian ilmuwan dan pengalaman orang-orang terdahulu ada kemungkinan mimpi yang anda alami itu dapat dianalisa alamat yang ingin disampaikan sesuai dengan keperibadian masing-masing.

Mimpi mandi dikatakan ertinya baik. Mimpi sedang mandi atau membersihkan diri bererti proses perubahan membersihkan diri dari dosa dan kesalahan lampau dan berazam untuk menjadi insan yang baik.

Mimpi mandi di sungai bagi sebahagian orang tandanya orang yang bermimpi itu akan beroleh rahmat.

Bermimpi sedang mandi di sebuah sungai yang seperti di syurga dikatakan bermaksud akan berubah menjadi orang baik amalnya dan suci hati.

Bermimpi mandi di sungai yang bersih airnya bersama-sama sekumpulan manusia lain mencerminkan jiwa insan soleh atau merasai nikmat bahagia dalam iman.

Mimpi mandi di kamar mandi dikatakan alamat akan diberi tanggungjawab untuk memegang amanah oleh orang atasan.

Bermimpi mandi di masjid bermaksud perlu lebih giat dalam melaksanakan perintah agama.

Mimpi mandi bertaubat kepada Allah ertinya perubahan menjadi orang yang menyesali dosa silam. Ada juga yang berpendapat bahawa mimpi sebegini hendak memberitahu alamat terhapusnya dosa yang disesalinya.

Mendapat mimpi mandi dalam keadaan sakit petanda harus tetap bersyukur dan bersabar dengan musibah penyakit dan kesengsaraan yang dialami. Moga-moga dengan sifat sabar dalam menghadapi musibah itu akan diberi keampunan dan dihapuskan dosa.

Bermimpi mandi ihram alamatnya akan beroleh kebahagiaan, kelak berkemampuan membayar hutang-piutang jika punya hutang, meraih lebihan rezeki yang tidak disangka atau sekurang-kurangnya tidak lagi merasai sedih dan susah jika sedang menghadapi kesengsaraan.

Menurut satu pendapat mimpi mandi hujan bererti tahap kesihatan akan merosot atau mendapat penyakit ringan yang mampu pula diubati, insyaAllah. Ada pula yang berpendapat mimpi mandi air hujan tandanya apa yang dicita-citakan atau sesuatu yang diharapkan akan menjadi sia-sia.

Baca tafsir mimpi hujan menurut satu lagi pandangan yang dikaitkan dengan ahli tafsir mimpi Ibnu Sirin.

Mimpi mandi air yang keruh dikatakan petanda akan beroleh bahagia. Pendapat yang satu lagi menyebut mimpi mandi air yang kotor atau mimpi mandi lumpur bermaksud akan beroleh lebihan rezeki. Namun jangan sekadar menanti tetapi perlu giatkan usaha untuk lebih cepat menarik rezeki tersebut.

Bermimpi mandi air yang jernih warnanya bermaksud mengecapi kebahagiaan dengan segera.

Bermimpi mandi air sejuk atau dingin bermaksud akan dapat menewaskan musuh atau mereka yang berhasad dengki kepada anda.

Mimpi mandi air panas maknanya akan dijangkiti penyakit. Semakin panas air yang dirasakan dalam mimpi itu maka semakin parah penyakit yang menimpa.

Begitu juga dengan mimpi mandi darah yang mana dikatakan membawa erti bakal ditimpa penyakit atau merasai kesedihan.

Mimpi mandi di tempat yang terbuka atau terdedah bererti ketabahan dalam menempuh dugaan dan ranjau yang dihadapi.

Mimpi sedang mandi dan menyedari ada orang yang mengintai bermaksud rahsia atau perkara aib yang selama ini disimpan kemas kemungkinan akan terbongkar. Bersedialah menghadapi kesan daripada kebongkaran tersebut.

Mimpi mandi keramas bererti bakal merasa kecewa dan sugul kerana hasrat dan impian tidak tercapai. Jangan pula putus semangat dan berhenti berusaha. Yang sepatutnya jadikan peringatan atau alamat yang mungkin dikhabarkan dalam mimpi keramas ini sebagai satu persediaan agar lebih tabah dan bersabar menempuh cabaran. Yakinlah jika kita redha dan terus berusaha, insyaAllah semua impian akan terlaksana jua.

Mimpi sedang mandi di sumur maksudnya cita-cita tidak kesampaian dan bakal merasa kecewa.

Bermimpi mandi laut atau di tepi pantai membawa alamat harapan dan impian yang didambakan akan menempuh cabaran kegagalan.

Bermimpi mandi kolam bermaksud akan beroleh ketenangan dan kedamaian hidup.

Mimpi mandi air terjun maknanya bercabang sumber rezeki yang datang silih berganti dalam waktu terdekat.

Setiap tafsiran mimpi berkaitan mandi yang dikongsikan tidak semestinya tepat kerana sepertimana yang disebut sebelum ini takwil mimpi itu perlu diteliti perinciannya dan berkait dengan keperibadian orang yang mendapat mimpi berkenaan.

Perkongsian himpunan mimpi tentang mandi ini diharapkan sekadar dapat dijadikan pedoman asas bagi individu yang tercari-cari akan pengertian atau alamat yang cuba disampaikan melalui mimpi yang anda alami.

Kongsi Info Tafsiran Mimpi Ini Dengan Kenalan Anda

Leave a Reply

Tafsir Mimpi

image

Mimpi Rambut Panjang

Bagi orang yang sememangnya memiliki rambut yang panjang, pastinya tidak…
image

Mimpi Anak Kucing

Mimpi anak kucing ada perbezaan tafsiran ertinya berbanding tafsiran mimpi…
image

Mimpi Badan Kurus

Apa maknanya jika seseorang itu bermimpi badannya lebih kurus daripada…
image

Mimpi Mempunyai Gigi Palsu

Sudah pastinya ia menjadi satu kemusykilan terutamanya bagi mereka yang…
image

Mimpi Gunting Rambut

Mimpi rambut digunting dikatakan membawa petanda buruk kepada lelaki atau…
image

Mimpi Tak Boleh Bercakap

Mimpi tidak boleh bercakap atau menjadi bisu tentu sahaja mengejutkan…
image

Mimpi Sakit Gigi

Ramai orang pernah bermimpi patah gigi atau gigi tercabut tetapi…
image

Mimpi Rambut Beruban

Lelaki atau perempuan yang masih muda tentunya berasa terkejut jika…
image

Mimpi Hidung Berdarah

Apa pula alamatnya jika mendapat mimpi hidung anda berdarah? (more…)

Tafsiran Mimpi

Setiap mimpi itu punya keistimewaan tersendiri. Sebahagian mimpi memberi bayangan perkara yang bakal terjadi dan kebetulan ia kemudiannya benar-benar berlaku. Ada pula mimpi yang sekadar simbolik.

Dalam agama Islam sendiri telah diakui bahawa mimpi adakalanya lebih daripada mainan tidur. Kadangkala ia menyelitkan erti dan petanda tersendiri sebagai peringatan kepada orang yang mendapat mimpi atau yang dekat dengannya. Namun tak semua mimpi terkandung alamat yang secara mudah dapat ditafsirkan.

Tags cloud

Follow us

© 2023, TafsiranMimpi.com – Ketahui Rahsia di Sebalik Mimpi Kamu . Kamus Mimpi Online.