Tafsiran Mimpi

share

Tafsir Mimpi Mandi Hujan

mimpi kena hujan

Hujan yang dialami di dalam sesebuah mimpi, khususnya mimpi mandi hujan boleh membawa tafsiran yang berbagai bergantung kepada keadaan atau kesannya.

Sekiranya tiada kecederaan atau malapetaka yang dialami akibat hujan tersebut, maka tafsiran mimpi hujan boleh jadi petanda rahmat, keuntungan atau bantuan dalam bentuk simpati atau keprihatinan orang terhadap si pemimpi.

Berkenaan mimpi mandi hujan, dalam buku Kamus Mimpi (Dictionary of Dreams) karangan Muhammad M. Al-Akil, disebut bahawa pentafsir mimpi tersohor Ibnu Sirin memberi beberapa panduan tentang tafsirannya.

Mimpi Mandi Hujan

Menurut penulisan berkenaan, sekiranya seseorang itu mimpi mandi hujan, atau berwuduk dengan air hujan, atau sekadar membasahkan mukanya, ataupun membasuh kotoran dalam hujan, itu mencerminkan keinsafan atau taubat daripada dosa dan kesalahan ataupun petanda mendapat bimbingan dari segi rohaniah. Selain itu, mimpi sedemikian juga boleh membawa erti penyucian jiwa dari perbuatan bidaah atau syirik.

Telah disebut juga bahawa, berdasarkan pandangan Ibnu Sirin lagi, sekiranya orang yang mendapat mimpi sedemikian merupakan seseorang yang miskin, kemungkinan mimpi itu berkemungkinan membawa alamat kelak Tuhan akan menambah rezeki dan mencukupkan segala keperluannya. Ataupun sekiranya si pemimpi itu ada berkehendakkan sesuatu daripada pihak pemerintah atau pihak kerajaan, mimpi itu boleh jadi merupakan petanda permintaan atau bantuan yang dipohon kelak akan dipenuhi, insyaAllah.

Kongsi Info Tafsiran Mimpi Ini Dengan Kenalan Anda

Leave a Reply

Tafsir Mimpi

image

Mimpi Rambut Panjang

Bagi orang yang sememangnya memiliki rambut yang panjang, pastinya tidak…
image

Mimpi Anak Kucing

Mimpi anak kucing ada perbezaan tafsiran ertinya berbanding tafsiran mimpi…
image

Mimpi Badan Kurus

Apa maknanya jika seseorang itu bermimpi badannya lebih kurus daripada…
image

Mimpi Mempunyai Gigi Palsu

Sudah pastinya ia menjadi satu kemusykilan terutamanya bagi mereka yang…
image

Mimpi Gunting Rambut

Mimpi rambut digunting dikatakan membawa petanda buruk kepada lelaki atau…
image

Mimpi Tak Boleh Bercakap

Mimpi tidak boleh bercakap atau menjadi bisu tentu sahaja mengejutkan…
image

Mimpi Sakit Gigi

Ramai orang pernah bermimpi patah gigi atau gigi tercabut tetapi…
image

Mimpi Rambut Beruban

Lelaki atau perempuan yang masih muda tentunya berasa terkejut jika…
image

Mimpi Hidung Berdarah

Apa pula alamatnya jika mendapat mimpi hidung anda berdarah? (more…)

Tafsiran Mimpi

Setiap mimpi itu punya keistimewaan tersendiri. Sebahagian mimpi memberi bayangan perkara yang bakal terjadi dan kebetulan ia kemudiannya benar-benar berlaku. Ada pula mimpi yang sekadar simbolik.

Dalam agama Islam sendiri telah diakui bahawa mimpi adakalanya lebih daripada mainan tidur. Kadangkala ia menyelitkan erti dan petanda tersendiri sebagai peringatan kepada orang yang mendapat mimpi atau yang dekat dengannya. Namun tak semua mimpi terkandung alamat yang secara mudah dapat ditafsirkan.

Tags cloud

Follow us

© 2023, TafsiranMimpi.com – Ketahui Rahsia di Sebalik Mimpi Kamu . Kamus Mimpi Online.