Apa maknanya jika seorang yang sihat tubuh badannya tiba-tiba mendapat mimpi bahawa dia mengalami keuzuran atau menghidapi penyakit yang berat di dalam mimpinya?
Menurut tafsirannya, sesiapa yang bermimpi sakit itu ertinya dia menyesal atas dosa yang telah dilakukannya. Dosa atau kesalahan itu kemungkinan merujuk kepada kesalahan yang baru ataupun dosa lampau yang kembali terdetik di fikirannya setelah sekian lama.