Mimpi peluk suami berapa kerapkah anda mengalaminya? Ramai lelaki suka dipeluk dan dimanja-manjakan oleh isteri tapi biarlah kena dengan tempat dan waktu. Apa alamatnya jika anda bermimpi memeluk suami yang disayangi?
Menurut satu tafsiran, sekiranya seorang perempuan mimpi memeluk suaminya itu petandanya dia akan mendapat rezeki.
Sudah pastinya tafsiran sebegini membawa khabar yang menggembirakan buat anda yang bergelar isteri.
Tetapi bagi seseorang yang belum berumahtangga tafsirannya sudah tentu berbeza.
Dan berbeza juga tafsirannya sekiranya perlakuan dalam mimpi itu berbeza yakni mimpi kena peluk dan bukannya anda yang memeluk. Ini tafsirannya untuk mimpi dipeluk seseorang.