Memakai bau-bauan yang wangi adalah amat digalakkan asalkan tidak berlebih-lebihan kerana ia adalah perkara yang menjadi sunnah Nabi. Justeru, mimpi yang berkait dengan haruman minyak wangi dikatakan berkait ertinya dengan perkara yang baik.
Seseorang yang mimpi menjadi penjual minyak wangi, itu tandanya dia telah atau akan melakukan pekerjaan yang dipuji orang.
Nota: Puji-pujian itu bagus kerana ia memberi motivasi untuk terus melakukan amalan yang baik dan berguna, namun harus juga diingat bahwa jika terlalu banyak dipuji boleh juga menyebabkan hilang keikhlasan dan membawa kepada sifat sombong dan bongkak.