Mimpi makan sesuatu benda yang pelik memang jarang dialami oleh kebanyakan orang. Antara mimpi yang pelik dan jarang diketahui ialah mimpi makan kepala kerbau. Gila ke apa kalau tiba-tiba nak makan kepala kerbau sebab bukannya banyak isi pun kat bahagian kepala kerbau.
Tapi jika ada yang bermimpi makan kepala kerbau, maknanya dia bukan nak jadi gila. Mimpi itu ditafsirkan mempunyai makna atau membawa petanda yang bagus. Mimpi makan kepala kerbau memberi petanda bahawa impian atau apa yang dimohonkan selama ini akan dapat dicapai.
Tapi kena ingatlah, rezeki biasanya tak datang bergolek. Kenalah usaha, kalau tak banyak pun janji ada usaha untuk mencapainya.