Amalan makan belalang (goreng) adalah perkara biasa di sesetengah tempat tetapi kemungkinan dianggap pelik bagi yang tidak biasa. Justeru, mungkin ada yang terasa ‘aneh’ apabila dia mendapati dirinya menyuap belalang ke mulut, biarpun hanya di dalam mimpi.
Menurut tafsirannya, mimpi makan belalang bahkan membawa suatu alamat yang baik. Mimpi tersebut memberi alamat akan beroleh harta benda daripada sumber yang baik.
Ibnu Sirin dalam kitab tafsir mimpinya yang terkenal ada mengatakan mimpi memakan belalang itu ertinya beroleh rezeki. Dan sekiranya di dalam mimpi itu dilihat belalang berkumpul dalam suatu bekas, itu simbolik atau takwil kepada wang.