Mimpi makan bawang kemungkinan jarang-jarang dialami. Apa maksudnya kalau mimpi makan bawang?
Menurut satu tafsiran lama, mimpi makan bawang memberi petanda bahawa orang yang mengalaminya perlu berhati-hati kerana dikhuatiri akan dicurangi.
Manakala dalam satu lagi tafsiran, dinyatakan pula mimpi bawang bahkan memberi alamat yang baik. Menurut tafsiran tersebut, mimpi makan bawang ataupun bermimpi melihat bawang atau membeli bawang, memberi makna orang yang bermimpi sedemikian memiliki tubuh badan yang sihat walafiat keadaannya.