Tentu pelik rasa hati bagi seseorang yang ada rambut, tiba-tiba di dalam mimpi mendapati kepalanya tak tumbuh walau sehelai rambut pun. Apakah mimpi kepala botak itu tandanya nak dapat penyakit?
Orang-orang yang lebih arif dalam hal tafsiran mimpi telah mengatakan bahawa jika mendapat mimpi kepala jadi botak, tak perlu risau. Bahkan bagi sesetengah orang itu mungkin alamat atau perkhabaran yang menggembirakan.
Telah ditafsirkan oleh orang terdahulu bahawasanya mimpi kepala botak itu tandanya akan bertambah panjang usia. InsyaAllah.