Ada mimpi yang benar-benar menjadi kenyataan. Ada pula mimpi yang mana perkara yang sebaliknya berlaku.
Begitu lah halnya dengan erti mimpi jadi kaya yang diungkapkan oleh satu pendapat dalam kitab tafsiran mimpi.
Dikatakan bahawa sekiranya ada yang bermimpi menjadi kaya bermakna terbalik yakni si pemimpi itu bakal berdepan ujian dan halangan dalam usahanya hinggakan apa yang dikerjakan tidak berhasil dengan jangka yang lama.
Walau bagaimana pun, ada pendapat mengatakan ia tidak semestinya begitu, sepertimana tafsiran yang diutarakan dalam mimpi menjadi jutawan.
Apa yang penting, tekadkan semangat dan tingkatkan usaha. Banyak kan lah berdoa. Setiap suatu perkara itu tidak akan berhasil jika Tuhan tidak mengizinkan ianya berlaku. Usaha lah sebanyak mana pun, jika Dia tak izinkan pastinya tidak akan menjadi. Pada masa yang sama, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Adil itu tahu segalanya dan suka untuk memenuhi permintaan mereka-mereka yang gigih berusaha.