Betul ke orang kata kalau mimpi jadi jutawan maknanya tak lama lagi kita akan jadi kaya?
Menurut pendapat orang lama, mimpi menjadi jutawan sememangnya membawa petanda yang baik. Tidak semestinya orang yang mendapat mimpi sedemikian akan menjadi jutawan lebih-lebih lagi dalam tempoh sekelip mata, akan tetapi orang dulu-dulu percaya mimpi itu adalah alamat atau pendorong bahawa orang yang mengalaminya akan mencapai kejayaaan dalam usaha perniagaan yang diceburinya.
Akan tetapi, anda perlulah sedar bahawa usaha yang sehebat mana pun tidak akan menjadi sekiranya ‘belum sampai masanya’ untuk Allah mengizinkan ianya berlaku.