Mimpi Gigi Tercabut


maksud mimpi gigi tercabut

Mimpi gigi tercabut dikatakan berkait dengan musibah.

Sebilangan besar orang tahu bahawa mimpi gigi tercabut itu dinyatakan sebagai alamat akan berlaku kematian di kalangan anggota keluarga.

Sepertimana dekatnya gigi pada tubuh manusia begitu jugalah takwilnya kematian itu disebut berkemungkinan akan berlaku di kalangan anggota keluarga terdekat.

Menurut riwayat yang dikatakan dikarang oleh Imam Ibnu Sirin gigi di dalam mimpi adalah simbolik kepada keluarga dan sanak-saudara.

Gigi bahagian atas bermaksud lelaki dan bahagian bawah ialah perempuan di kalangan anggota keluarga.

Berkenaan tafsiran mimpi gigi tercabut telah dikatakan bahawa seseorang itu bermimpi gigi-giginya tercabut dan kemudian kembali lagi seperti sediakala bermakna perpecahan di kalangan anggota keluarga yang mana kemudiannya bertemu kembali dan berbaik-baik semula.

Berhubung dengan tafsiran yang berkait dengan alamat kemungkinan akan berlaku kematian, perlu difahami bahawa bukan semua mimpi gigi tercabut itu merupakan petanda kematian.

Saat bila akan berlakunya kematian setiap seseorang itu adalah rahsia Allah.

Maka ilmu tafsiran mimpi yang menyebut akan hal sedemikian hanyalah berdasarkan pengalaman lalu dan alamat yang diberikan itu sebenarnya turut bergantung kepada orang yang mendapat mimpi itu dan butiran mimpi yang dialaminya.

Bahkan jika diperhalusi, ilmuwan tafsir mimpi juga ada menyatakan untuk mentafsir mimpi sebegini perlu juga diteliti jenis gigi yang mana yang dimimpikan tercabut. Setiap gigi itu – gigi geraham, gigi kacip, gigi taring dan sebagainya – ada takwilnya yang tersendiri.

Mimpi gigi tercabut itu tak sama tafsirannya dengan erti mimpi sakit gigi atau gigi patah.

alamat mimpi:

mimpi gigi tercabut

loading...


Your reaction?
boleh jadi boleh jadi
0
boleh jadi
Entahlah Entahlah
0
Entahlah
Tak Caya Tak Caya
1
Tak Caya
Suka Suka
0
Suka
Alamak ! Alamak !
0
Alamak !
Rileks Lah Rileks Lah
0
Rileks Lah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

log in

reset password

Back to
log in